Sheffield

Assalamualaikum, buat adik-adik yang akan ke Sheffield, inilah sedikit sebanyak informasi yang saya boleh kongsikan untuk manfaat bersama. Bandar Sheffield merupakan bandar keempat terbesar di England dan merupakan ‘The Greenest City’ (Bandar Paling Hijau) di England. Bagi saya Sheffield merupakan bandar yang tenang dan damai. Empat tempat popular yang didiami warga Malaysia ialah City, Tinsley, Firth Park dan Dunnell. Kawasan City kebanyakannya didiami oleh pelajar undergraduates.

Pemandangan di Sheffield

Pengangkutan utama untuk penduduk bandar Sheffield, juga untuk pelajar Malaysia

Kita beralih pula ke pembelajaran di Sheffield. Terdapat 2 Universiti di Bandar Sheffield iaitu The University of Sheffield dan Sheffield Hallam University. Jarang pelajar Malaysia dihantar ke Sheffield Hallam University dan majoriti pelajar Malaysia yang dihantar ke Sheffield akan menuntut di University Of Sheffield. University of Sheffield bukan jenis universiti kampus, ianya berselerak mengikut jurusan.

Bangunan Kejuruteraan (Mappin)

Makanan halal sudah tentu menjadi isu yang ditekankan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini. Sebenarnya tidaklah sukar untuk mendapatkan makanan halal di UK ini. Sekarang ini, sudah ada makanan yang mendapat cop halal. Bahan – bahan mentah seperti ayam dan daging boleh didapati dengan mudah cuma adalah tempat-tempatnya. Kedai-kedai fast food yang halal boleh didapati di sini lebih-lebih lagi di kawasan University. Antara yang famous; Crown Pizza dan Popeye.

Untuk tempat tinggal pula, pelajar -pelajar Malaysia majoritinya tinggal rumah dan ada yang tinggal di Hall. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ia terpulang pada individu itu sendiri. Tapi saya syorkan tinggal di rumah sahaja, murah pun murah. Tapi itu terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Tentang peralatan-peralatan rumah juga boleh didapati di sini. Peralatan-peralatan dapur, peralatan-peralatan bilik dan sebagainya. Saya rasa harga yang ditawarkan tidaklah mahal berbanding biasiswa yang diperolehi. baju dan seluar juga tidaklah mahal. Untuk pelajar baru yang akan sampai ke Sheffield, saya rasa tidak perlu terlalu banyak membawa pakaian sejuk. Cukuplah sahaja dengan jacket biasa yang biasa anda pakai di Malaysia untuk anda bawa ke mari. Jacket sejuk khas untuk winter itu saya rasa beli di sini sahaja sudah memadai. Peralatan elektrik juga boleh dibeli di sini. Peringatan masa membeli, jangan convert duit tu, nanti memang rasa barang-barang mahal dan terus tak jadi nak beli.

Adakah kita datang ke Sheffield untuk belajar sahaja? Sebenarnya banyak aktiviti lain boleh dilakukan di sini. Bola sepak, badminton, bowling menjadi aktiviti biasa untuk pelajar – pelajar di Sheffield secara umumnya. Banyak lagi aktiviti lain boleh diperolehi. Badan berdaftar yang mengendalikan pelajar-pelajar Undergraduates ialah Sheffield Malaysia Student Association (SMSA).

Sudah semestinya bola sepak menjadi sukan utama pelajar malaysia lelaki di sini

Shopping mall yang terbesar di Sheffield

Inilah sedikit-sebanyak yang boleh saya kongsikan. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik yang akan ke sini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya. Saya cuba menjawab apa yang saya mampu. Waallahua’lam.

Muhamad Iqbal Hakim Bin Mohd Tahir
Graduate of Chemical Engineering, University Of Sheffield (2011)
 Email: [email protected]
Facebook: Muhamad Iqbal Hakim 

The Greatness of Sheffield – Mengapa Belajar di Sheffield Seronok?

Kalau bersembang-sembang dengan pelajar Malaysia di Sheffield, ini antara jawapan yang mereka berikan apabila ditanya mengapa belajar di Sheffield seronok.

 Kos Hidup

Kalau ikutkan penaja (Jpa, Mara dll), Sheffield dikategorikan bawah Kadar C, bererti kos hidup di sini rendah. Sewa rumah boleh didapati dengan harga serendah GBP 150. Barang-barang pun boleh dibeli dengan murah. Kalau nakkan makan di kedai selalu pun tiada masalah. Tak terasa duit keluar dengan cepat, melainkan kalau anda  jenis manusia yang boros / suka membeli barang.

Jarak 10 Minit

Hampir kesemua perkara penting untuk hidup di sini berada dalam “walking distance”. Sama ada anda ingin ke universiti, bandar, “student hall”, kedai makan,  perpustakaan dll, semuanya boleh dengan berjalan kaki sahaja, tanpa perlu naik teksi atau bas. Paling tidak, boleh bersenam setiap hari dengan berjalan kaki. Kedai runcit pun berada dalam kawasan perumahan. Tiada masalah untuk berulang alik ke kedai ini setiap hari.

Universiti yang lawa – Taman

Ramai yang memuji University of Sheffield ini sebagai antara yang tercantik disebabkan struktur “red-brick” universiti ini. Biasalah, bila suasana belajar dah cantik, semangat untuk belajar akan naik sedikit. Selain itu, jika bosan ketika belajar, ada Weston Park yang luas dan cantik, terletak berdekatan dengan bangunan utama Universiti ini, menjadikannya sesuai untuk merehatkan minda.

Tengah United Kingdom

Secara geografi, Sheffield terletak di tengah-tengah United Kingdom. Jadi, tidaklah terlalu jauh untuk bergerak ke atas atau ke bawah United Kingdom ini untuk apa-apa urusan. Kedudukannya yang strategik turut menjadi sebab kawan dari tempat lain mudah untuk singgah di Sheffield. Dengan stesyen tren yang dekat dengan kawasan perumahan, orang Sheffield boleh dikira antara yang selalu berjalan keluar ke tempat lain.

Ramai orang.

Sheffield merupakan antara kawasan yang ramai orang Malaysia. Batch kami sahaja seramai 80 orang. Biasanya bertambah ceria sedikit apabila duduk dengan ramai orang seperti ni. Kalau nak buat aktiviti setiap minggu dan berjalan ke mana-mana pun senang. Tetapi kebanyakan “post-grad” duduk jauh daripada undergrad. Sedikit sebanyak suasana undergrad lebih dirasai, selain adanya sedikit sebanyak bimbingan daripada post grad yang duduk bersama di kawasan perumahan kami.

Weekend at Sheffield

Salah satu aktiviti menarik di sini ialah Weekend at Sheffield yang dianjurkan persatuan pelajar di sini (SMSA) dan diadakan sekitar bulan Februari. Sheffield Games diadakan pada hari Sabtu manakala Nasyid Extravaganza pula pada hari Ahad. Dua event yang unik dan signifikan dalam kalendar pelajar Malaysia UK ini menarik minat ramai, walaupun dari jauh seperti Ireland, untuk datang ke Sheffield ini.

Suasana Islam

Tidak banyak yang perlu dirisaukan untuk mempraktikkan Islam di sini. Ada kedai yang menjual makanan dan daging halal. Tiga buah masjid terletak berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Aktiviti keagamaan sesama pelajar Malaysia pun boleh dikatakan agak banyak dan subur. Suasana keislaman di sini bahkan sudah menyaksikan titik perubahan bagi ramai pelajar di sini untuk memahami Islam dengan lebih mendalam.

Faqih Ahmad Shuhaili
Chemical and Biological Engineering
Tahun Kedua 2012

Blog: Mengajar dan Belajar

—————————————————————————————————————————————-

Sebarang Persoalan? Hubungi:

MUHAMMAD HAZIQ BIN ABD RAHIM

Ketua Perhubungan ISMA UK Eire lokaliti UK UTARA

h/p: 07746348339

Emel: [email protected]

Fb: Haziq Abdurrahim

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

durham-university-feature-image-1

Durham

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Durham University. Tahniah juga atas usaha dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *