Sleep Qiam Paintball Bina Pemuda Berjiwa Lasak

Cardiff, Mac 2017 – aktiviti “Sleep Qiam Paintball” yang dianjurkan oleh Isma cawangan Cardiff berhasil membentuk jiwa belia yang kental dan berdaya saing.

Acara tersebut dimulakan dengan Qiamullail di Darul Isra’ pada malam sebelumnya, dan diteruskan dengan aktiviti ‘paintball’ di Delta Force Paintball, Radyr, yang terletak 20 minit dari bandar Cardiff.

Turut diselitkan dalam aturcara program ialah penyampaian peringatan oleh pelajar yang turut terlibat dalam aktiviti, saudara Ariff Hatta.

Antara pesanan yang diberikan ialah tentang peringatan untuk keluar dari ruang kesenangan yang bertitik tolak dari permulaan Surah Al-Mudathir.

Katanya lagi, aktiviti Qiamullail dan terus beriadhah selepas itu merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan secara biasa, tetapi jika pelajar selalu mencuba, ianya akan menjadi mudah.

Sesi penutup yang berlangsung pada pukul 2 petang juga dihadiri saudara Muhammad Azizi bin Rosli, pengerusi ISMA UK-Eire, yang turut sama memeriahkan aktiviti tersebut.

Antara pesanan penting yang diberikan beliau kepada kesemua 35 peserta lelaki adalah mengenai keperluan untuk bersama dalam masyarakat.

Katanya, dengan menghadiri program bermanfaat seperti ini dan turun berjumpa dengan rakan sekawasan, para pelajar dapat memeriahkan lagi hidup sebagai sebuah komuniti yang menjaga kebajikan ahli masyarakat.

Turut disertakan dalam majlis penutup ini adalah pemberian anugerah ‘Top Gun’, yang dimenangi saudara Farhan Muhammad atas pertunjukan aksi keberaniannya yang menyelamatkan beberapa orang dari terkena peluru warna sewaktu permainan itu berlangsung.

Para peserta rata-rata memberikan maklum balas yang positif seperti respon dari saudara Luqman, yang beliau mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur atas perlaksanaan program dengan jayanya dan mahu menyertai aktiviti seperti ini lagi jika ada.

Saudara Azwan bin Ismail, yang juga merupakan presiden Komuniti Malaysia Cardiff (MCC) pula mengucapkan tahniah atas perlaksanaan program yang kemas dan menarik.

Saudara Akmal bin Othman, yang juga merupakan pengendali aktiviti iFitness di kawasan UK Selatan, melafazkan ucap syukur atas kejayaan program tersebut.

Beliau juga sempat memperkenalkan program iFitness kepada para peserta, yang memberikan kelainan dalam aktiviti lasak.

Semoga para peserta dapat mengambil iktibar dari acara ini, di samping mendapat pengalaman baru, juga dapat mengenali diri secara mendalam, merapatkan silaturrahim antara ahli komuniti tempatan, dan membiasakan diri keluar dari ruang keselesaan.

M. Isma Aiman, Biro Dakwah, ISMA UK Selatan.

936088c8-0657-491f-a9ee-1ff439ee0ff7

10396197-9f57-440e-aa4b-07c47e970487

bb58e893-974e-43b0-90b1-7f7b860c890e

c0acd584-1e50-4c10-a8fd-0b1c5d5353c6

fb7c89d9-a0e0-4b87-9bf7-f6427714524b

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …