Solat Hajat Perdana ISMA UK Selatan Teguh Kendiri Hadapi Peperiksaan

Pada isya’ 1 Januari 2017, telah berlangsungnya Solat Hajat Perdana anjuran ISMA UK-Eire Kawasan Selatan.

Di petang Tahun Baru bertempat di Masjid Darul Isra’, para pelajar Muslim Malaysia hadir dan mengambil ruang masa belajar mereka untuk menyerahkan diri kepada Allah.

Majlis turut disajikan dengan pemberian nasihat & tazkirah oleh Saudara Akmal bin Othman, pelajar tahun ketiga Kejuruteraan Mekanikal Cardiff University, mengenai persediaan dalam menghadapi peperiksaan.

Dalam tazkirahnya, beliau mengingatkan para pelajar untuk sentiasa berdoa kepada Allah, bertawakkal setelah berusaha, serta meletakkan segala pengharapan kepada Allah, kerana segalanya telah ditentukanNya.

Semoga semua pelajar dapat melakukan yang terbaik dalam menghadapi cabaran peperiksaan yang akan mendatang. Semoga doa para pelajar yang diselitkan dalam solat hajat tersebut diterima oleh Yang Maha Mengasihani.

M. Isma Aiman.
Ketua Biro Dakwah UK selatan

425717134_291301_5002936448789410173

426005904_125247_2658186275722171996

429611379_25828_5543146427276787913

429724991_26632_7262840577721978660

429814631_25955_2780616319663533920

429919482_25797_17548765409025549248

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Air Mata Seorang Pejuang Dakwah

  “Nanti bila dah sampai dekat KL baru buka ya,” ujar Naqibku sambil menyerahkan sepucuk …