‘Summer Break in Germany’ bersama Ustaz Halim
Rosenheim, 19 Ogos – Alhamdulillah, ISMA Eropah cawangan Jerman telah berjaya menganjurkan program Program Summer Break Germany bersamaUstaz Haji Abdul Halim Abdullah. Program yang julung-julung kalinya ini, telah berlangsung selama 3 hari (16.8.10-19.8.10) bertempat di Masjid Al-Imane Rosenheim,Bavaria, Germany.

Program ini bertujuan untuk memberikan pengisian kepada pelajar-pelajar yang berada di Germany disamping menjalinkan ikatan ukhuwwah antara para pelajar. Disamping itu, pelajar-pelajar berpeluang untuk mendapatkan input-input berguna dan bertanya sebarang permasaalahan kepada Ustaz Halim yang mempunyai banyak pengalaman dan tidak asing lagi dalam medan dakwah ini.
Antara slot-slot yang telah dibentangkan oleh Ust. Halim adalah Cabaran Pelajar Muslim di Oversea (Fiqh for Westerners), Antara Risalah dan Ijazah, Bila Baju Kurung bertemu Baju Melayu (Baitulmuslim), Muslim Super dan Kepentingan Tarbiah. Daripada pengisian yang diperolehi, para peserta berpeluang untuk mempelajari pelbagai perkara baru, bertanya pelbagai soalan dan mendengar kisah-kisah pengalaman yang berharga daripada Ustaz Halim. Disamping belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang semasa di Jerman, para peserta diingatkan untuk menyedari tentang tanggungjawab sebagai seorang individu muslim, berakhlak dgn akhlak islami dan mencontohi Rasulullah S.A.W. Para peserta turut mengambil peluang untuk berkumpul, beramah-mesra dan berbuka puasa bersama-sama dalam majlis iftaar yang diadakan pada 17 Ogos 2010.
Rata-rata peserta yang hadir telah melahirkan rasa puas hati dengan program kali ini memandangkan program-program seumpamanya amat jarang diadakan di Jerman.Maka,dengan kehadiran Ustaz Halim ke Jerman, telah memberi sinar harapan baru utk dakwah islami subur di bumi Jerman ini.Moga akan lahir generasi-generasi harapan dari Jerman yang dapat mengembalikan kegemilangan islam semula,inshaAllah.







Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments