Syaikhul Azhar meninggal dunia


Riyadh, 10 Mac 2010. – Imam Besar, Dr. Sayyid Tantawi, Syaikhul Azhar telah meninggal dunia pada pagi hari Rabu (10 Mac 2010) di sini hari ini akibat serangan jantung. Beliau diserang sakit jantung ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa di Riyadh, Arab Saudi semasa dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau meninggal dunia semasa dikejarkan ke hospital.

Syeikh Tantawi berada di Riyadh dalam rangka lawatannya ke Arab Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Raja Faisal kepada penerimanya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada dunia Islam.

Syeikh Tantawi telah menderita penyakit jantung dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2006.

Fadhilah Syeikh dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Kampung Salim Timur dalam daerah Suhaj. Beliau mula menerima pendidikan awal dan menghafal Al-Quran di bandar Iskandariah.

Beliau menerima gelaran Doktor Falsafah dalam bidang Ulum Hadis dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Kepujian (Mumtaz). Kemudian bekerja sebagai pensyarah di Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar sebelum ditugaskan mengajar di Jamahiriah Arabiah di Libya selama 4 tahun. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Kuliah peringkat Sarjana (Master) di Universiti Islamiah, Madinah al-Munawwarah.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Mufti Mesir pada 28 Oktober 1986 sehinggalah beliau dilantik sebagai Syaikhul Azhar As-syarif pada tahun 1996.

Kematian Fadhilah Syeikh merupakan suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam khususnya Al-Azhar terutama dalam bidang tafsir.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan seluruh warga Al-Azhar. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt dan diganjari di atas sumbangan beliau pada dunia Islam dengan sebaik-baik ganjaran.

Sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya jualah tempat kembali.

Rujukan:

1. http://www.azhar.edu.eg/
2. http://www.masrawy.com

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment