Tahniah warga Poland mencipta sejarah!
Nilai, 17 Julai – Stadium tertutup Nilai telah menjadi saksi kepada sebuah lakaran sejarah yang pastinya akan terus mekar di dalam setiap sanubari manusia yang merindui pembebasan Al-Aqsa.
Sebagai manifestasi sokongan dan cinta terhadap perjuangan dan pembebasan Al-Aqsa, Ikatan Muslimin Malaysia Eropah (ISMA Eropah) yang diwakili oleh Mohd Ferdaus Mohd Tahar pada hari ini telah menyerahkan cek bernilai RM29, 000.00 hasil kutipan derma dari pelajar-pelajar Malaysia di seluruh benua Eropah sempena Konsert Demimu Al-Aqsa di sini hari ini.
Turut menyerahkan cek adalah wakil-wakil ISMA dari New Zealand, Mesir, Jordan, Arab Saudi, India, Korea serta Celcom Marketing. Berikut merupakan pecahan sumbangan yang berjumlah RM 259, 308.00
KIMS (ISMA Korea) RM 4,808.00
IYA (ISMA India) RM 9,000.00
ISMA Eropah RM 29 000
ISMA Jordan RM 12,000.00
ISMA Saudi Arabia RM 30,000.00
ISMA Mesir RM 32,000.00
ISMA New Zealand RM 82,500.00
ISMA Eropah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada tabung-tabung bantuan untuk Palestin yang di lancarkan oleh pihak kami dengan kerjasama Aman Palestin dan juga Sekreteriat Antarabangsa ISMA.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak akan membantu meringankan. Walaupun tabung ini telah ditutup secara rasmi, namun pihak kami ingin menyeru kepada saudara/i sekalian agar terus menghulurkan sumbangan terutamanya dalam bentuk doa kepada saudara-saudara kita di Palestin kerana merekalah yang berada di barisan hadapan mewakili kita dalam usaha memelihara kesucian Al-Aqsa.
Pihak ISMA Eropah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua wakil-wakil ISMA Eropah di negara-negara Eropah terlibat terutamanya, Poland sebuah negara eropah timur yang kian melonjak menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian. Poland mencatat sejarah tersendiri dengan mengumpul RM11,546.10 daripada jumlah kutipan dari Eropah, melayakkan mereka mengungguli jumlah kutipan dari benua Eropah.
Tahniah warga Poland!
Pihak ISMA Eropah berharap agar tabung-tabung bantuan yang akan dilancarkan selepas ini terus mendapat sambutan rakan pelajar. Akhir kata, semoga segala usaha, perjuangan dan amal kita diterima oleh Allah SWT.






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments