Tak penat ke?
Assalamualaikum w.b.t

Pada suatu hari…..(dibaca dengan nada kanak2 sekolah)
Setelah selesai mengemaskan barang-barangnya, pemuda itu pun berjumpa dengan gurunya buat kali terakhir sebelum pulang ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Gurunya yang sudah maklum dengan pemergian muridnya itu menghampirinya lalu memeluk pemuda itu sambil menangis. Sedih benar melepaskan anak didik yang diasuh selama ini..
“Anakku, apakah yang akan engkau lakukan sekiranya syaitan laknatullah datang mengganggu mu?” ulama’ tersebut mula bersuara.
“Demi Allah, aku akan melawannya guru!” pemuda itu menjawab dengan penuh semangat.
“Kemudian, jika ia datang lagi?” “Aku akan terus melawan dengannnya sehingga syaitan itu tewas wahai guru.” pemuda mula kehairanan.
“Kemudian, jika ia datang lagi?” Si guru terus mengulangi soalan yang sama dan pemuda itu juga tetap dengan jawapannya.
“Wahai guruku, apakah maksudmu mengulangi soalan yang sama berulang kali? Apakah salah jawapan yang aku berikan?” Tanya pemuda tersebut kehairanan.
“Begitulah anakku, engkau akhirnya akan letih menjawab soalanku itu. Engkau tewas dengan soalan itu anakku. Oleh itu, dengar lah nasihatku ini…”
….engkau bisa berlawan dengannya wahai anakku tetapi ingatlah bahawa akhirya nanti engkau akan kepenatan. Syaitan itu memang tidak akan pernah penat dan putus asa dalam menyesatkan kita. Dia akan terus datang dari kiri, kanan, depan dan belakangmu untuk menjerumuskan engkau ke lembah maksiat. “tidak akan penat!”
Justeru, jadikanlah kisah anjing hitam tadi sebagai pelajaran penting buatmu wahai anakku! Mungkin ianya lebih penting dari segala ilmu yang engkau pelajari bersamaku selama ini kerana ia bisa menyelamatkan seluruh kehidupanmu.”
“Terima kasih wahai guru! Soalan tadi telah melengkapkan ilmu yang kupelajari darimu.”
Pemuda itu kemudiannya berangkat pulang ke kampung halaman dengan nasihat berguna untuk disampaikan pula kepada yang lain…..(kebenaran cerita ini tidak dipertanggungjawabkan)
____________________________________________________________________
Pengajarannya….daripada kita asyik nak berlawan dengan syaitan, lebih baik jika kita mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana Dia lah pemilik kepada syaitan itu. (masih ingat kisah pemilik anjing tadi?)..Apabila kita rapat dengan Allah dan memohon agar Dia jauhkan syaitan dalam kehidupan kita, pasti KITA YANG MENANG!
Tak perlu berlari lagi…..
“So, kita tak perlu lawan dengan syaitan? Takkan kot?”
Macam ni…..cuba dengar yang ini;
jawapannya = 0
PASTI
…..semua pelajar akan mula membayangkan buah durian dalam fikiran mereka apabila mendapat arahan sedemikian walaupun sebentar tadi tiada seorang pun yang terfikir tentangnya..
Agaknya mengapa?
Sebenarnya otak manusia ini tidak dapat mendefinisikan maksud JANGAN. Sebab itulah kita sepatutnya menasihatkan supaya buat itu dan ini. Bukan JANGAN buat itu dan ini kerana perkataan jangan itu tidak berjaya diterjemahkan akhirnya…
Tak percaya?
Cuba buat eksperimen ke atas diri anda sendiri….
Kalau betul pun, apa kaitannya dengan cerita lawan syaitan tadi?
Begini, tujuan sebenar saya bercerita kisah anjing hitam, pemuda vs syaitan dan buah durian itu adalah untuk mengajak diri saya dan saudara-saudari sekalian untuk menilai kembali rutin kehidupan harian kita.
Apakah kita termasuk golongan yang suka berlari dari anjing tadi atau kita dari golongan yang satu lagi?(minta tolong pemilik anjing itu)
ORANG YANG BERLARI akan berkata: “yes….hari ni aku berjaya mengelakkan diri dari menipu.”, “aku dah seminggu tak mencuri”, “aku dah sebulan dapat jaga mata“…..dan seterusnya.
Bagaimana dengan esok? minggu depan? bulan depan? tahun depan? boleh tahan lagi? tak penat ke?
GOLONGAN KEDUA akan berkata: “yes…hari ni aku dah baca 20 muka surat Al-Quran.” “minggu ni dah 2 kali tahajud”, “bulan ni dah 3 hari puasa sunat”, “mathurat dah baca”, “solat jemaah hari ni alhamdulillah lengkap“…dan seterusnya.
Apa bezanya kedua-dua golongan ini? Golongan pertama akan selalu berfikir tentang mencuri, menipu, tengok benda haram dan macam-macam lagi benda yang berdosa dan maksiat. Kerana otak kita tidak terjemahkan perkataan ‘jangan’ dan ‘tidak’. Jadi, lama-kelamaan mereka ini akan buat juga maksiat yang selalu mereka fikirkan hari-hari tu.
Golongan kedua akan selalu berfikir tentang solat jemaah, baca Al-quran, solat tahajud, puasa dan segala jenis kebaikan yang mampu diusahakan. Justeru, mereka ini akan sentiasa terpelihara pemikirannya dari perkara-perkara maksiat dan negatif.
Golongan yang kedua ini lah yang TIDAK PENAT…
Jadi, penuhilah rutin harian kita dengan amal kebaikan. Buatlah checklist amal (mutaba’ah amal) supaya kita semua termasuk dalam golongan kedua. Semoga ada kebaikan darinya…Allahu ‘alam.
Wardatul Iman
30 Nov 2009





Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments