Talian hayat ATAU pertalian sepanjang hayat?

“Ya Allah, biarpun mereka pergi meninggalkan aku tidak akan bersedih. Namun hati ini akan sedih jika Engkau yang pergi meningglkanku.” Menitis air mata membasahi pipi. Sejadah dilipat kemas, air mata dikesat.

Ditinggalkan kekasih yang berpaling hati, ditinggalkan rakan sekeliling yang tidak memahami, ditinggalkan ibu yang pergi menemui Ilahi. Adakah hayat ini harus kuteruskan dengan seribu kesan peninggalan yang ditinggalkan. Tiba-tiba satu persoalan terdetik di fikiran, hayat ini atau hayat akan datang yang lebih penting?

Ana berfikir~

Hayat ini akan menjadi indah jika dipenuhi warna-warni pertalian kasih antara manusia. “Man, jom lepak malam ini. Sekali-sekala orang UK balik Malaysia. Dapat shisha sesedut dua jadila.” Rancangan asal malam ini adalah ke surau untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Pilihan yang ada:

A) Melepak bersama rakan yang sudah lama tidak berjumpa
B) Ke surau menunaikan solat sunat tarawih diikuti tadarus Quran
~Talian hayat pertama.

Hayat ini akan menjadi bererti jika dipenuhi memori-memori indah bersama teman. Berhibur dan bersenda gurau menjadikan hati-hati tidak pernah mengenal sunyi. “Hey dude, let’s enjoy!! Tonight is Friday night.” Inilah peluang untuk “mingle around”. Namun, dalam kalam Allah menyebut, jangan kamu menghampiri zina.

Pilihan yang ada:

A) Menyertai rakan ke kelab malam
B) Pergi tetapi tekad untuk tidak minum
C) Menolak perlawaan dan tinggal di bilik
~Talian hayat kedua.

Hayat ini akan menjadi sesuatu yang berbaloi jika semua perkara dapat dicuba. “Bro, tak payah susah-susah cari logo halal atau “vegetarian sign” la, kalau bukan sekarang bila lagi kau nak cuba makan makanan UK ni?” Dalam dunia ini, Allah berikan kepada kita pelbagai pilihan makanan dan minuman yang baik-baik. Tetapi kenapa yang haram itu juga yang diingini?

Pilihan yang ada:
A) “Okay, aku try”
B) “Haram tetap haram, bro.”
~Talian hayat ketiga.

Jawapan = B C B

Ekoran daripada jawapan di atas, tiba-tiba hayat yang sepatutnya indah kini bertukar wajah. Sebagai hukuman, aku telah ditinggalkan. Aku ditinggalkan bersama hayatku tanpa warna warni. Mereka yang ku sangka teman rapat telah pergi dan semakin menjauhi. Mungkin, Aku telah gagal untuk sesi talian hayat.

Namun, dalam kekusutan ini, masih ada yang sudi menghulur simpati. Mereka ini sentisa memahami dan sedia menerima keadaan diriku walaupun di saat genting. Mereka tidak pernah menuntut aku untuk memilih antara dua pilihan. Apabila aku salah, mereka menegur. Apabila mereka salah, aku menegur. Mereka tidak pernah meletakkan talian hayat untukku. Biarpun berbeza pendapat kami, berbeza jurusan kami, berbeza jenama pakaian kami, namun ada kasih yang masih tetap bersemi di dalam hati-hati kami. Inilah pertalian sepanjang hayat yang aku cari selama ini supaya aku tidak menyesal di akhirat kelak.

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata : ‘Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul.’ Wahai, Celakalah aku! kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika AL-Quran itu telah datang kepadaku.”

(Al Furqan : 27 – 29)

Kini aku mampu tersenyum bahagia kerana biarpun aku gagal untuk sesi talian hayat, namun aku telah berjaya menjumpai pertalian sepanjang hayat.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/reddit_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/dzone_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/stumbleupon_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/delicious_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blinklist_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blogmarks_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/furl_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/newsvine_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/technorati_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/sphinn_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/mixx_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/meneame_48.png

Filed Under: Ilmu dan Artikel

About the Author:

RSSComments (View Comments)

Trackback URL

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
  • Untaian Rangkai Kata

    Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaannya.— Imam Hasan Al Banna

  • Jom Menderma di Bulan Ramadhan [Klik untuk besarkan]

  • Karnival Khidmat Masyarakat
  • Fokus ISMA
  • Pautan ISMA Luar Negara
  • Majlis Ulama’ ISMA
  • Pimpinan Isma
  • Aman Palestin