Tubuh Yang Cergas Elemen Penting Mahasiswa Beragenda

Sheffield, 4 Nov- Jawatankuasa ISMA Sheffield pada hujung minggu yang lalu dengan jayanya telah mengadakan program Qiamullail dan aktiviti I-Fitness bulanan.

Program ini bermula dengan pengisian yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi ISMA Uk-Eire, saudara Faqih Aqili Shuhaili kepada para peserta mengenai ‘Ummat Ideal dan Realitinya’ sebelum disusuli dengan program Qiamullail di awal pagi bertempat di Masjid Al-Huda, Sheffield.

Keesokannya harinya program bersambung dengan aktiviti pendakian ke Peak District yang memakan masa hampir 2 jam sebelum para peserta berjaya sampai ke destinasi yang dituju iaitu di Bemford, Edge.

Pengarah program, saudara Hafidz Romli berkata, “tujuan utama program ini ialah untuk mengingatkan para peserta bahawa kekuatan tubuh dan jati diri sangat penting kea rah membangunkan ummat yang ideal”.

Tambah beliau lagi, “kekuatan tubuh bukan sekadar kekuatan lahiriah yang ditonjolkan oleh kekuatan tubuh badan tetapi mestilah merangkumi kekuatan dalaman yang perlu ditonjolkan melalui amal ibadah sunat seperti bangun di sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat”.

Salah seorang peserta program, saudara Sazlee ketika memberi respon kepada kami berkata, “program ini lebih menjelaskan sudut praktikal apakah yang dikatakan sebagai ummat yang ideal dan terutamanya pelajar mestilah berusaha mencapai tahap tersebut.”

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *