University College Dublin

University College Dublin (UCD) merupakan antara university moden yang menawarkan ‘real campus life’. Dikelilingi pokok yang pelbagai (terutamanya musim bunga sekarang ni!) dan juga tasik yang dibanjiri sang itik , burung serta ‘swans’ menambahkan lagi suasana koundusif untuk menelaah. Tambahan pula, lokasinya yang terletak agak jauh dari ‘city centre’ membawa pelajar jauh dari kesibukan kota. Namun jangan risau! Anda tetap berpeluang ke ‘city centre’ bila-bila masa saja (jangan ponteng lecture plak) dengan menaiki bas dari UCD terus ke sana, yang mengambil masa lebih kurang 20 minit  (lama-lama 20 minit terasa sekajap je). Seperti kebanyakan universiti, UCD juga menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar-pelajar dari seantero dunia. Oleh itu, kita juga berpeluang membina hubungan dengan pelajar dari bidang lain yang berasal dari pelbagai latar belakang bagi meluaskan pandangan. Selain itu, semua pelajar UCD juga diwajibkan mengambil subjek elektif selain medic seperti language (Arabic, Japanese, Chinese, Spanish etc.), maths, architecture, science dan banyak lagi. Jadi, kita boleh merehatkan diri di samping kesibukan alam medic untuk meneroka sesuatu yang baru.

REQUIREMENTS:

–          IB pointer – 36 above excluding bonus points (for IUMC students: at least 6 for each higher level subjects)

–          IELTS – at least 6.5

–          Pass the medical interview

 

MEDICAL INTERVIEW:

–          Buat persediaan awal

–          ‘Search’ tentang Ireland (Presiden, PM, UCD, penyakit)

–          ‘search’ tentang Malaysia (sistem kesihatan)

–          Yakin dengan diri, minta padaNya

ACCOMMODATION:

–          Semua pelajar Malaysia tahun pertama diwajibkan untuk tinggal di Hall

–          Ada dua Hall untuk pelajar Malaysia

  1. 1.       Blegrove:

– 3 orang 1 apartment

– lebih dekat dengan Health Science Building (tempat lecture)

– tiada ‘Centra’ (koperasi Uni)

  1. 2.       Merville:

–  4 orang 1 apartment (possibility: 2 Malaysians, 2 Irishs)

– jauh sikit dari lecture hall

– ada ‘Centra’

Disediakan oleh,

Nor Nasuha Ismail

Ketua Wanita ISMA Eropah

email: [email protected]

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

University of Cork

Latar belakang universiti Lokasi: Terletak di bandar cork. Bendar kedua terbesar di Ireland. Bandar cork …