Baju Kurung dan Baju Melayu bertemu di Malaysian Hall, Dublin
admin | Dec 16, 2009 | Comments View Comments
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah dan cuti musim sejuk para pelajar di United Kingdom (UK) dan Ireland, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah akan mengadakan speaker’s tour program bersama Al-Fadhil Ustaz Azizee Bin Hassan (YDP ISMA Seremban) sebagai speaker utama di beberapa tempat terpilih UK, Ireland dan Scotland. Bermula pada 20/12, ustaz akan berada di Dublin selama 2 hari sebelum bertolak ke Scotland dan tempat-tempat lain di UK. Antara tajuk menarik yang dipilih di beberapa tempat adalah seperti “Apabila Baju Kurung dan Baju Melayu Bertemu“, “Siapakah Imam Hasan Al-Banna?“,”Peranan Mahasiswa di Luar Negara” dan “Survival Muslim di Bumi Eropah”. Semoga dengan kehadiran ilmuwan yang berpengalaman daripada Malaysia dapat membantu mengisi masa lapang para pelajar sewaktu bercuti dengan aktiviti bermanfaat selain mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Oleh itu, semua muslimin muslimat dijemput hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan bersama persatuan tempatan disini.
About the Author:




































kpd ikhwah2 atau sesiapa saja yg berada di benua Eropah,
Ayuh raikan kedatangan Murabbi ulung dari Seremban!! Percayalah, akan banyak yang akan
antum pelajari dari ust nanti!