Winter Gathering Pertama ISMA Eropah : JUMS 09
23 Disember 2009 – Penantian yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya wujudlah satu pogram besar yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh ISMA Eropah sejak ditubuhkan pada tahun lepas 2008 iaitu Jalinan Ukhwah Musim Sejuk ISMA (JUMS). ISMA Eropah telah berjaya melakar sekali lagi sejarah yang membuka sayapnya di benua eropah dan menarik perhatian ramai tentang kewujudannya di sini.
Jalinan Ukhwah Musim Sejuk ISMA yang bertemakan “We Share a Dream” sememangnya merupakan satu program yang terbesar yang pernah diadakan oleh Isma Eropah di bumi eropah ini. Bertempat di Edinburgh aktiviti selama 4 hari ini menarik seramai lebih dari 60 orang menyertai dari seluruh pelusuk eropah termasuk juga wakil Isma dari Malaysia
Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan serta pengisian yang mantap oleh panel jemputan iaitu Ustaz Azizee (YDP ISMA N9), Akhi hazman (ISMA DHL) Akhi Khairuddin (S/U ISMA DHL), dan Ukthi Rashidah ( AJK Sekretariat Antarabangsa ISMA) telah menaikkan lagi semangat ukhuwwah di dalam pogram ini.
Remaja adalah merupakan tonggak kepada Negara. Negara yang baik dan maju bermula dari remaja itu sendiri. Oleh demikian itu, program JUMS ini menerapkan sifat jati diri, menguraikan masalah dan mencahayakan hala tuju mahasiswa eropah yang masih dalam kegelapan mencari jalan keluar.
Disamping menerbitkan suasana islamik, program JUMS ini juga menerapkan ikatan ukhwah yang tidak berbelah bahagi. Manusia tidak boleh hidup berseorangan, mereka pasti perlukan teman dan itulah yang dititikberatkan oleh Ustaz Azizee dalam ceramahnya bertajuk “Ke Mana Hala Tuju Kita”
JUMS ini juga banyak diselitkan dengan pengisian rohani seperti membaca 2 juzuk ayat Quran, Qiamullail, tazkirah subuh, solat berjemaah dan sebagainya. Untuk menjadi “singa di siang hari dan pendeta di malam hari” haruslah setiap peserta untuk menyeimbangkan antara ibadah dan kerjaya, antara ijazah dan risalah dan antara dunia dan akhirat. Adalah penting untuk seseorang pemuda itu syumul peribadinya supaya dia beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada kesemua yang terlibat secara langung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program JUMS ini. Program ini takkan terhenti di sini, malah program seperti ini akan terus diadakan setiap tahun dengan pengubahsuaian yang lebih menarik dari semasa ke semasa.
Di harap dengan wujudnya Program seumpama ini, maka lahirlah rijal-rijal seperti Abu bakar, Umar Al-Khattab, Usamah bin Ziad, Talhah Ubaidillah dan nisa’-nisa’ seperti Siti Aishah, Fatimah Az-Zahrah dan sebagainya yang mampu mengembalikan Islam ke tempat yang asalnya. InsyaAllah
Waallahua’lam
Dilaporkan oleh
Kejernihanku
Sheffield




















Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments